Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,636 kes baru, 11 lagi korban Covid-19
Diterbitkan:  Aug 25, 2022 9:49 AM
Dikemaskini: 1:49 AM

Sejumlah 2,636 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul adalah sebanyak 4,765,188 kes.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatah (KKM), kes aktif kini berjumlah 34,970, turun 24.1 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes jangkitan baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (791)

Perak (283)

Sabah (265)

Kuala Lumpur (231)

Negeri Sembilan (161)

Kedah (124)

Sarawak (120)

Pulau Pinang (112)

Melaka (109)

Johor (106)

Kelantan (85)

Putrajaya (82)

Pahang (75)

Terengganu (71)

Labuan (11)

Perlis (10)

Sebanyak 11 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di mana 5 daripadanya berlaku di luar hospital atau brought in dead (BID).

Sepanjang minggu lalu, purata 9 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 - sama seperti purata 30 hari lalu.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,177 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Negeri yang mencatatkan kematian tertinggi ialah Johor (4) diikuti Selangor (3), Kedah (1), Perak (1), Sabah (1) dan Sarawak (1).

Pada masa ini sebanyak 1,379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 67 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (108) diikuti Sabah (87) dan Johor (49).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS