Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Hentikan sebar maklumat palsu layanan VIP di penjara'
Diterbitkan:  Aug 24, 2022 1:30 PM
Dikemaskini: 5:36 AM

Jabatan Penjara dalam satu hantaran di Facebook menggesa orang ramai supaya tidak menyebar maklumat palsu berhubung kemudahan penjara untuk orang kenamaan (VIP).

Walaupun tidak menyebut sebarang kes atau mana-mana individu, adalah percayai hantaran itu berkaitan dengan dakwaan kononnya bekas perdana menteri, Najib Razak menerima layanan istimewa di Penjara Kajang.

"Hentikan penyebaran maklumat palsu," kata jabatan itu.

Jabatan Penjara turut melampirkan sekeping gambar yang kononnya adalah sel bagi VIP dengan kemudahan selesa yang tertera perkataan “palsu.”

Sebelum ini, tular hantaran seorang pengguna Facebook dengan nama D'eyo Adie yang memuatnaik gambar sebuah bilik mewah dan mendakwanya sebagai penjara untuk VIP.

Menurutnya, sel VIP itu mempunyai televisyen, kemudahan internet, penghawa dingin, katil dan tilam serta dibekalkan dengan buku.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.

Susulan itu, Najib dibawa ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS