Buat pertama kalinya dalam sejarah negara, seorang bekas perdana menteri dipenjara atas kesalahan jenayah.
Malam tadi merupakan malam pertama buat ahli parlimen Pekan itu mendekam di sebalik jeriji besi dan tempok tebal yang memisahkan penghuninya dari dunia luar.
Semalam Najib berada di penghujung usahanya mengelak daripada sabitan atas tujuh pertuduhan jenayah membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Panel lima hakim yang mendengar permohonan Najib semalam sebulat suara menolak rayuan tersebut. Ia bermaksud hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan ke ata Najib dikekalkan.
Hukuman itu dilaksanakan selepas kira-kira empat tahun proses pendakwaan dan perundangan berlangsung.
Najib kini mendekam di Penjara Kajang.
Ketika mahkamah berehat, Najib bersama anak-anaknya meluangkan masa bertemu dengan penyokong mereka di pakarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.