Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shafee kembali sebagai peguam Najib
Diterbitkan:  Aug 23, 2022 12:10 PM
Dikemaskini: 4:56 AM

Peguam Shafee Abdullah kembali sebagai peguam Najib Razak dalam rayuan sabitan dan hukuman dalam kes rasuah RM40 juta SRC International.

Dia akan membantu Hisyam Teh Poh Teik yang baru dilantik mengetuai pasukan pembelaan.

Hisyam memberitahu Mahkamah Persekutuan pagi ini bahawa Shafee akan datang ke Istana Kehakiman di Putrajaya, tempat prosiding berlangsung.

“Shafee sedang dalam perjalanan ke sini untuk bantu saya, jadi kami mohon berhenti sebentar,” kata Hisyam kepada panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Minggu lalu, Najib memecat peguamnya dari firma guaman Zaid Ibrahim Sufian TH Liew & Partners, dan hanya meninggalkan sebahagian daripada pasukan guaman firma Hisyam.

Pagi tadi, Shafee menafikan dakwaan bahawa tindakan menukar peguam adalah antara percubaan untuk menangguhkan perbicaraan.

Peguam itu sekali lagi menegaskan bahawa hubungan antara dia dan Hisyam adalah baik, dan tidak ada perseteruan antara mereka.

Shafee memberitahu hakim bahawa adalah penting bagi mahkamah membenarkan penangguhan kepada esok kerana dia kembali pada saat-saat akhir untuk mengemukakan penghujahan lisan mengenai permohonan itu.

“Mengenai soal penarikan diri, adalah penting Yang Arif menyampaikan mesej tidak berat sebelah berhubung permintaan itu, walaupun sedikit masa (diberikan) bagi permohonan tersebut, memandangkan integriti badan kehakiman dipertikaikan.

“Tidak salah beri 12 jam lagi penangguhan untuk saya berfikir dan pihak berkuasa menghadap Yang Arif mengenai perkara ini (penarikan diri),” kata Shafee.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS