Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suami ketua Puteri Umno meninggal dunia
Diterbitkan:  Aug 20, 2022 3:36 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Suami kepada Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan dilaporkan meninggal dunia.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat Datuk Zahida Zarik Khan sekeluarga atas pemergian suami tercinta kembali ke alam baqa.

“Semoga keluarga arwah dipermudahkan segala urusan dan ditempatkan bersama kalangan orang beriman dan bertakwa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman di sisi Allah SWT. Al-Fatihah,” ucap ahli parlimen Bagan Datuk itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS