Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Penyerang Salman Rushdie mengaku tak bersalah atas cubaan bunuh

GLOBAL | Suspek yang menyerang novelis terkenal Salman Rushdie menggunakan pisau minggu lepas mengaku tidak bersalah dan ditahan tanpa sebarang ikat jamin, lapor Sputnik memetik laporan Buffalo News pada Khamis.

Suspek, Hadi Matar, 24, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu cubaan membunuh tahap dua dan serangan tahap dua, menurut laporan itu.

Pada 12 Ogos, Rushdie telah ditikam di bahagian leher dan perut oleh Hadi Matar, 24, ketika hendak menyampaikan syarahan di Institusi Chautauqua di barat New York.

Rushdie dimasukkan ke hospital dan menggunakan bantuan ventilator.

Pada Ahad, Rushdie disahkan tidak lagi bergantung kepada bantuan ventilator dan mampu bercakap.

Rushdie ialah penulis kelahiran India yang terkenal dan memenangi pelbagai hadiah sastera serta pernah mencetuskan kontroversi menerusi buku tulisannya "The Satanic Verses" yang dikatakan menghina Islam.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS