Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
4,071 kes baru Covid-19, tujuh kematian
Diterbitkan:  Aug 19, 2022 9:20 AM
Dikemaskini: 1:20 AM

Sebanyak 4,071 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.

Kes aktif Covid-19 kini berjumlah 42,476, turun 8.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (1,456)

Kuala Lumpur (728)

Negeri Sembilan (320)

Sabah (281)

Perak (275)

Sarawak (182)

Melaka (152)

Pulau Pinang (143)

Johor (117)

Pahang (100)

Kedah (91)

Kelantan (77)

Putrajaya (74)

Terengganu (59)

Labuan (10)

Perlis (6)

Sebanyak tujuh lagi kematian dilaporkan semalam, dengan satu kes berlaku sebelum sempat dibawa ke hospital atau brought in dead (BID).

Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan di Selangor, dan masing-masing satu kes di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.

Sepanjang minggu lalu, purata 8.3 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 8.5 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu, menunjukkan peningkatan.

Sejak wabak ini melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 36,124 kematian akibat Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Sebanyak 155 kematian dilaporkan pada bulan ini setakat ini berbanding 204 kematian pada Julai dan 89 kematian pada bulan sebelumnya.

Sebanyak 1,542 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital, dengan 81 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (143), diikuti Johor (108) dan Sabah (80).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS