mk-logo
Berita
Empangan runtuh di Brazil: Syarikat lombong Vale didenda AS$17 juta
Diterbitkan:  Aug 16, 2022 3:53 PM
Dikemaskini: 7:53 AM

GLOBAL | Ketua Pengawal Am Kesatuan Brazil (CGU) mengenakan denda berjumlah 86 juta reais Brazil (AS$16.8 juta) terhadap syarikat perlombongan Vale berikutan kejadian bencana empangan runtuh di perbandaran Brumadinho, Brazil pada 2019, kata syarikat itu pada Isnin.

Sputnik melaporkan pada 25 Januari 2019, empangan Vale pecah di Brumadinho, menyebabkan sekurang-kurangnya 270 orang terbunuh atau hilang.

"Vale memaklumkan bahawa Ketua Pengawal Am Kesatuan (CGU) ... merumuskan bahawa Vale gagal memberikan Agensi Perlombongan Kebangsaan (ANM) maklumat yang boleh dipercayai tentang Empangan I di Brumadinho ...

“CGU mengenakan denda sekitar 86.3 juta reais Brazil," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Vale dikenakan denda seminimum yang mungkin mengikut undang-undang kerana ia memperakui bahawa pengurusan kanan syarikat tidak terlibat dalam kemalangan itu, kata kenyataan itu, sambil menambah syarikat itu tidak bersetuju dengan keputusan itu dan akan memfailkan permohonan untuk pertimbangan semula dalam tempoh 10 hari akan datang.

Vale ialah antara pengeluar bijih besi dan nikel terbesar di dunia.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS