Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Kalau BN kalah PRU15, siapa nak jawatan timbalan presiden, ambillah'
Diterbitkan:  Aug 14, 2022 3:59 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hassan berkata dia bersedia melepaskan jawatan sebagai timbalan presiden Umno sekiranya BN gagal memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Berucap ketika merasmikan Konvensyen Wanita BN di Kuala Lumpur hari ini, Mohamad, yang juga pengarah pilihan raya BN menyifatkan PRU15 sebagai pertarungan antara hidup dan mati bagi gabungan itu.

“Keutamaan kita adalah PRU15. Kita mesti menang, kalau kalah, siapa nak jawatan timbalan presiden, ambillah. Saya sanggup. Jujurnya, kalau parti kalah, bagilah kepada orang muda ke, siapa-siapa nak..ambil, tetapi selagi kita berhadapan dengan PRU-15, keutamaan saya sebagai pengarah pilihan raya, komitmen saya adalah menang.

“BN mesti menang, kalau tak menang, susah nak bangun semula. Jadi, inilah peluang terakhir untuk kita membuktikan dan bangkit semula untuk menawan Putrajaya,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Jelasnya lagi, pertarungan PRU15 cukup berbeza kerana BN perlu bersaing dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Pun begitu, Mohamad yakin BN boleh meraih kemenangan berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh semasa pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN).

"PRU15 pun dah hampir, kalau ini larian 100m, tinggal 15m, pecutlah..tahan nafas supaya kita dapat cecah garis penamat pada PRU15.

“Ini pertarungan terakhir, hidup atau mati, kalau nak hidup, menang PRU15..kalau tidak saya mengalah,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS