Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hamas gesa Israel hentikan jenayah terhadap Palestin

GLOBAL | Kumpulan Hamas pada Sabtu menggesa Israel menghentikan semua perbuatan “jenayah” yang dilakukan rejim itu di wilayah yang diduduki.

Gesaan itu dibuat selepas mahkamah Israel pada Rabu mengeluarkan perintah agar sebuah sekolah milik rakyat Palestin di Tebing Barat dimusnahkan, lapor Agensi Anadolu.

Sekolah itu terletak di Kawasan C di Tebing Barat yang berada di bawah kawalan penuh Israel dan mewakili 61 peratus daripada wilayah yang diduduki.

“Israel mengabaikan norma antarabangsa, laporan dan undang-undang yang memberi tanggungjawab dan hak kepada pertubuhan kemanusiaan untuk bertindak menghentikan keganasan Israel,” kata jurucakap Hamas Hazem Qassem dalam satu kenyataan.

Beliau berkata peningkatan keganasan yang dilakukan Israel "tidak akan memberikan keabsahan kepada Israel atau berjaya menghapuskan identiti Palestin."

Pada minggu lalu serangan udara Israel di Semenanjung Gaza telah mengorbankan 49 orang termasuk 17 kanak-kanak dan mencederakan 360 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Serangan itu terhenti di bawah persetujuan gencatan senjata dan Mesir bertindak sebagai perantara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS