Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kualiti udara di Sri Aman bertambah buruk
Diterbitkan:  Aug 12, 2022 10:38 AM
Dikemaskini: 2:38 AM

Kualiti udara di Sri Aman, Sarawak semakin teruk sejak tengah malam semalam dengan jerebu dilaporkan mula kelihatan di bahagian selatan sempadan.

Menurut Jabatan Alam Sekitar, indeks pencemaran udara (IPU) bagi Sri Aman mencecah paras 101 ("tidak sihat") pada jam 1 pagi dan meningkat secara beransur-ansur, mencecah 153 setakat 9 pagi.

Stesen pemantauan kualiti udara Sri Aman adalah satu-satunya yang mempunyai bacaan tiga digit ketika ini.

Laman web Pusat Meteorologi Khusus Asia (ASMC) melaporkan petang semalam bahawa "jerebu asap sederhana" diperhatikan di Kalimantan Barat, di selatan Sri Aman.

ASMC meramalkan bahawa Semenanjung Malaysia, bahagian utara Sumatera dan bahagian timur Borneo boleh menjangka cuaca kering dalam beberapa hari akan datang, yang mungkin mengakibatkan titik panas dan kepulan asap.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS