Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pakaian seksi, kerajaan Kedah panggil penganjur acara fesyen 
Diterbitkan:  Aug 10, 2022 1:09 PM
Dikemaskini: 5:11 AM

Kerajaan negeri akan memanggil, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya terhadap penganjur acara Minggu Fesyen Kedah yang memaparkan peragawati berpakaian seksi.

“Setakat semakan yang dibuat, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan,” kata exco kerajaan tempatan Mohd Hayati Othman.

Perkara itu diumumkan setelah dia menerima aduan mengenai penganjuran acara itu yang menampilkan model berpakaian menjolok mata. 

Semalam, tular di media sosial gambar model wanita berjaket tetapi memperlihatkan sebahagian bahagian dadanya.

Acara itu dikatakan berlangsung tiga hari dari 5 hingga 8 Ogos di sebuah pusat beli belah di Alor Setar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS