Sebanyak 3,083 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,714,498.
Jumlah kes aktif sebanyak 42,717, turun 8.9 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.
Jumlah kes baru mengikut negeri:
Kuala Lumpur (773)
Selangor (605)
Sabah (285)
Perak (248)
Negeri Sembilan (240)
Kedah (160)
Melaka (130)
Sarawak (122)
Pulau Pinang (117)
Johor (96)
Putrajaya (83)
Kelantan (80)
Terengganu (65)
Pahang (59)
Perlis (10)
Labuan (10)
Sebanyak 12 lagi kematian dilaporkan, dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital (BID).
Kes kematian terbaru ini dilaporkan di Melaka (3), Perak (3), Selangor (2), Negeri Sembilan (1), Pahang (1), Sarawak (1) dan Terengganu (1).
Sejak minggu lepas purata 8.4 orang dilaporkan meninggal dunia manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 7.8 orang, yang menunjukkan aliran menaik.
Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,044 kematian akibat Covid-19 direkodkan.
Pada masa ini seramai 1,578 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 62 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (104) diikuti Sabah (87) dan Johor (86).