Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR bersedia PRU15, anggaran kos RM1 bilion
Diterbitkan:  Aug 9, 2022 11:09 AM
Dikemaskini: 3:09 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan perbelanjaan mengurus pilihan raya akan datang berjumlah sekitar RM1 bilion.

Sebagai perbandingan, SPR membelanjakan kira-kira RM500 juta untuk mengendalikan pilihan raya umum pada 2018.

Utusan Malaysia, yang memetik Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh melaporkan wang itu akan juga dibelanjakan untuk pelbagai latihan dan kursus intensif bagi persediaan menghadapi pilihan raya.

“SPR telah mengambil segala inisiatif yang perlu merangkumi segala aspek urusan belanjawan, logistik, keperluan perkakasan dan sistem ICT, pengurusan sumber manusia serta latihan kepada petugas,” katanya

Menurut Abdul Ghani, jika berlaku pembubaran Parlimen dilakukan dalam masa terdekat, sejumlah 21.1 juta pemilih layak mengundi. Angka itu adalah 41.6 peratus lebih tinggi berbanding pilihan raya sebelum ini.

Jumlah pengundi bertambah selepas umur mengundi diturunkan pada Disember tahun lalu daripada 21 kepada 18.

Pengerusi SPR itu berkata, semua warganegara yang mencapai umur 18 tahun akan didaftarkan sebagai pemilih dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT) yang diperaku dan diwartakan setiap bulan.

Dia berkata, SPR juga menggalakkan orang ramai untuk membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih di portal rasmi SPR iaitu https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau menghubungi Hotline SPR di talian 03- 8892 7018.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS