Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dua senator angkat sumpah hari ini
Diterbitkan:  Aug 8, 2022 11:01 AM
Dikemaskini: 3:05 AM

Dua Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Mereka ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Johor Datuk Lim Pay Hen dan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Datuk Ahmad Ibrahim (gambar, judul).

Lim adalah lantikan semula oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa pada 26 Jun 2022 hingga 25 Jun 2025 manakala Ahmad adalah lantikan baharu oleh DUN Sarawak berkuat kuasa mulai 22 Julai 2022 hingga 21 Julai 2025.

Kedua-dua mereka mengangkat sumpah sebagai Senator sebelum sesi soal jawab di Dewan Negara di Kuala Lumpur.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor Lim Pay Hen .

Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan dua Ahli Dewan Negara itu mengingatkan mereka supaya memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai Senator sebaiknya termasuk dalam usaha mentransformasi Parlimen.

"Dewan Negara ketika ini sedang melalui fasa transformasi yang memerlukan penglibatan penyertaan aktif para senatornya secara menyeluruh agar peranan Dewan ini dalam memperjuangkan suara rakyat menjadi tersohor dan berkesan," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS