Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nyah warta hutan Bukit Cherakah: Aktivis heret k'jaan Selangor ke mahkamah

Dua NGO alam sekitar mengheret kerajaan Selangor ke mahkamah berhubung penyahwartaan sebahagian kawasan Hutan Simpan Bukit Cherakah.

Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SACFS) dan Khazanah Alam Malaysia (Peka) telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan pewartaan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dua hari lalu.

Menurut kertas kausa permohonan itu, pemohon adalah Lim Teck Wyn dan Damien Thaman Divean, yang masing-masing mewakili SACFS dan Peka.

Responden adalah kerajaan Selangor, barisan exco, pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan pengarah Jabatan Tanah dan Galian Selangor Petaling.

Pemohon mencabar kesahan penyahwartaan terhadap kawasan seluas 406 hektar dalam hutan simpan itu.

Mereka antara lain mendakwa keputusan penyahwartaan sudah lapuk kerana ia dibuat 22 tahun lalu.

Mereka juga mendakwa tindakan kerajaan mengundurkan notis warta - dikeluarkan pada 5 Mei tahun ini - oleh jabatan perhutanan negeri untuk dirujuk kepada keputusan exco pada 2000, adalah salah dari segi undang-undang.

Pada Mei lalu, media melaporkan kenyataan berhubung penyahwartaan 406.22 hektar kawasan Hutan Simpan Bukit Cherakah di Seksyen U10, Shah Alam didakwa dibuat tanpa proses pendengaran awam, selaras dengan Seksyen 11 Enakmen Hutan Selangor 1985 (EAPN). EAPN dipinda kerajan Selangor pada 2011.

Pada bulan ini, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor menjelaskan yang makluman warta pada 5 Mei untuk menyahwartakan kawasan itu adalah untuk melengkapakn proses yang terhenti pada sekitar 2006.

Pemohon mendakwa kerajaan negeri sepatutnya membuat pendengaran awam selaras dengan undang-undang.

Permohonan semakan kehakiman ini akan didengar oleh hakim Shahnaz Sulaiman pada Khamis minggu depan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS