Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kelab malam di Bangkok terbakar, sekurang-kurangnya 13 maut 
Diterbitkan:  Aug 5, 2022 1:16 PM
Dikemaskini: 5:17 AM

Kebakaran di sebuah kelab malam di wilayah Chonburi, Thailand pada awal pagi Jumaat mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang dan mencederakan puluhan pengunjung yang lain, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Kebakaran yang berlaku kira-kira 1 pagi waktu tempatan itu berjaya dikawal dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital, lapor Bangkok Post.

Punca kebakaran sedang disiasat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS