Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penahanan CEO: Bestinet yakin syarikat, kakitangan akan dibebas SPRM

Syarikat pengendali sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS), Bestinet Sdn Bhd yakin syarikat itu dan kakitangannya akan dibebaskan daripada semua tuduhan yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Bestinet yakin syarikat dan kakitangannya akan dibebaskan daripada sebarang dan semua dakwaan.

"Bestinet menjunjung tadbir urus yang sangat ketat berhubung etika dan integriti perniagaan serta mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap rasuah dan rasuah dalam semua bentuknya," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

"Oleh itu, syarikat meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap akauntabiliti dan ketelusan dalam menjalankan aktiviti perniagaannya pada setiap masa dan komited sepenuhnya untuk bertindak sebagai kuasa positif dalam semua pasaran yang beroperasi," tambahnya.

Bagaimanapun, Bstinet berkata ia tidak akan mengulas berhubung siasatan yang dijalankan SPRM.

Kenyataan itu dibuat susulan penahanan lapan suspek semenjak semalam termasuk ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat teknologi maklumat (IT), pegawai kanan syarikat itu dan empat yang lain daripada agensi pengambilan pekerja bagi membantu siasatan kes rasuah bagi mendapat kuota pekerja asing di negara ini.

Dua lagi individu semalam dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Bestinet mengendalikan FWCMS yang digunakan di negara ini bagi menguruskan proses pengambilan dari semua negara sumber.

Syarikat itu bagaimanapun menafikan pihaknya mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana agensi pengambilan berlesen yang disenaraikan di FWCMS.

SPRM pada Julai menyoal siasat pengasas Bestinet, Mohd Amin Abdul Nordan beberapa individu yang lain, sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan penyelewengan pemilihan 25 syarikat Bangladesh sebagai ejen merekrut pekerja negara itu ke Malaysia.

Menteri Sumber Manusia M Saravanan sebelum ini mempertahankan hak Malaysia untuk mengehadkan bilangan ejen yang dibenarkan menghantar pekerja ke Malaysia kepada 25 ejen dan 250 sub-ejen, di tengah tekanan pemain

Dia juga menafikan dakwaan yang mengaitkan Bestinet dan Amin dengan satu "sindiket" membekalkan tenaga kerja Bangladesh ke Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS