Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis siasat warga Singapura calarkan kereta Tunku Temenggong Johor
Diterbitkan:  Aug 3, 2022 4:17 PM
Dikemaskini: 8:36 AM

Polis menyiasat insiden pergeselan sebuah kereta Singapura dengan kereta Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Taman Pelangi, Johor Bahru semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata lelaki warga emas berusia 62 tahun itu memberikan keterangan di Balai Polis Trafik Johor petang semalam.

“Setelah merakam percakapan pemandu kereta mewah tersebut, warga emas itu dibenarkan pulang dan dibenarkan balik ke Singapura kerana ini bukan kes jenayah.

Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim

“Sementara itu, polis dalam proses menyiapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin,” Raub dipetik sebagai berkata oleh Kosmo!.

Semalam, tersebar luar gambar kereta Tunku Idris yang calar akibat digesel sebuah kereta BMW di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang.

Tunku Idris dilapor berkongsi gambar keretanya yang tercalar dan gambar kereta yang menggeselnya, selain rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berkaitan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS