Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sembilan anggota polis ditahan peras ugut ahli perniagaan

Sembilan anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan seorang ahli perniagaan, dipercayai berkaitan dadah di Gombak baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor S Sasikala Devi berkata kesemua anggota yang berpangkat konstabel hingga sub inspektor tersebut, ditahan kira-kira 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Sasikala berkata penahanan itu susulan laporan yang diterima daripada ahli perniagaan berusia 32 tahun itu pada 26 Julai lepas.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (kesalahan peras ugut) selain siasatan tatatertib yang akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Dia berkata tindakan susulan terhadap kesemua anggota berkenaan juga akan dilakukan pihak Bukit Aman.

Semakan awal juga mendapati pengadu memiliki rekod lampau berhubung kes dadah, katanya lagi.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS