Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Mendapan tanah' jejaskan Megamall, bangunan sekitar Seberang Perai

Beberapa struktur bangunan di sekitar daerah Seberang Prai Tengah dan Seberang Prai Utara Pulau Pinang didapati mula mendap, sehingga mendorong pihak berkepentingan memohon supaya penilaian keselamatan dilakukan.

Tinjauan oleh Malaysiakini mendapati apa yang dipercayai sebagai mendapan tanah itu menjejaskan kebanyakan struktur bangunan hingga menyebabkan ruang satu meter antara rasuk atau tiang dengan tanah.

Struktur yang terjejas termasuk Kompleks Beli-belah Megamall di Prai Jaya, plaza tol Prai di sepanjang Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR), plaza tol Sungai Nyor di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) dan kompleks Rehat dan Rekreasi (R&R) di Bagan Ajam di BORR, yang terletak di sepanjang pantai di Butterworth.

Sebuah lagi kompleks membeli-belah besar di Bukit Mertajam, yang ditemui dengan rekahan ketara pada dinding dan strukturnya, telah dibaiki oleh pemilik bangunan itu beberapa tahun lalu.

Megamall yang popular dengan orang ramai itu antara yang lebih teruk terjejas kerana tanahnya mendap lebih satu meter, terutama di bahagian belakang kompleks membeli-belah itu.

Sementara lot kedai di belakang Megamall itu juga mengalami masalah yang sama, memaksa pemilik kedai membina tangga dari jalan untuk ke pintu depan mereka.

Sistem perparitan dan longkang juga dilaporkan rosak.

Pemandu yang ditemui Malaysiakini turut melahirkan kebimbangan, kerana jalan raya di sekitar pusat beli-belah itu turut mendap dan sukar untuk mencari permukaan rata dalam projek Prai Jaya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS