Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN akui situasi semasa politik Johor sudah berubah
Diterbitkan:  Jul 29, 2022 12:22 PM
Dikemaskini: 4:22 AM

BN berdepan risiko gagal menguasai dua per tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika gabungan itu kekal dengan formula mengagihkan kerusi mengikut amalan tradisi.

Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad, berkata situasi politik di negeri itu sudah berubah, malah ada beberapa kawasan tidak lagi boleh dianggap menjadi "simpanan tetap" mereka.

Misalnya, kata bekas menteri besar itu, kawasan di timur Johor timur, seperti di Pengerang, Kota Tinggi, Tenggara dan Mersing.

"Saya tidak menolak terdapat kemungkinan di sesetengah kerusi cabaran bertanding (untuk Umno menang) adalah lebih (sukar) berbanding tempat lain," katanya.

Dipetik memberikan pandangan itu oleh Sinar Harian, Hasni berkata, menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang, BN tidak boleh mengambil sikap mudah ke atas mana-mana kerusi yang ditandingi.

"Di Johor kita tidak (lagi boleh) menggunakan pendekatan kerusi tradisi. Jadi, kita kena kerja kuat di semua kerusi.

"Kita tidak mahu pengalaman di Mersing sebagai contoh apabila hilang kerusi DUN Endau (dalam PRN Johor baru-baru ini)," katanya.

Hasni berkata demikian selepas Majlis BBQ Santai Kelab Media Johor bersama Pengerusi BN Johor, di Johor Bahru.

Menurut Adun Benut itu, setiap bahagian BN di Johor perlu menggunakan kaedah yang berbeza untuk meraih sokongan rakyat, terutama apabila melibatkan pembahagian kerusi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS