Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin umum PN berkonvensyen pada 27 Ogos
Diterbitkan:  Jul 28, 2022 11:25 AM
Dikemaskini: 3:25 AM

Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan konvensyen mereka pada 27 Ogos ini bersempena dengan sambutan ulang tahun kedua penubuhan gabungan tersebut.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin selepas mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang berlangsung malam tadi.

Dalam mesyuarat itu bekas perdana menteri terbabit turut melaporkan beberapa perkembangan terkini PN termasuk pelancaran gabungan berkenaan di Kelantan yang dianggapnya mendapat sambutan sangat menggalakkan.

Muhyddin turut menyatakan PN akan dilancarkan di Terengganu pada 30 Julai ini.

"Mesyuarat membincangkan persiapan-persiapan penting bagi menghadapi PRU ke-15.

"Mesyuarat pada malam tadi juga bersetuju untuk mengadakan Konvensyen PN pada 27 Ogos 2022 sempena sambutan ulang tahun kedua PN," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Muhyiddin mesyuarat itu dihadiri oleh presiden parti-parti komponen PN dan ahli-ahli majlis tertinggi gabungan berkenaan.

Sebagai rekod PN dianggota Bersatu PAS, Gerakan dan dua parti politik tempatan di Sabah iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS