Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah benarkan Syed Saddiq cabar kredibiliti saksi utama

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk memulakan prosiding untuk mencabar kredibiliti seorang saksi dalam perbicaraan kesnya yang dituduh menyeleweng RM1.2 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid hari ini membenarkan permohonan kedua oleh bekas menteri belia dan sukan itu yang menyasarkan seorang saksi, bekas bendahari Armada Bersatu Rafiq Hakim Razali.

Susulan keputusan itu, mahkamah kemudian akan menentukan jika keterangan Rafiq bercanggah dengan apa yang diberitahu kepada SPRM apabila agensi anti rasuah itu merekodkan kenyataannya semasa siasatan.

Keterangan lisan Rafiq itu berkaitan perbicaraan penyelewengan terhadap Syed Saddiq yang melibatkan dana milik sayap pemuda Bersatu.

Percanggahan yang dikatakan adalah berhubung keterangan Rafiq yang mendakwa bekas ketua Armada Bersatu itu mengeluarkan RM1 juta daripada akaun sayap pemuda parti itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS