Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melaksanakan program mendidik masyarakat dan anggota pasukan berkenaan untuk menjauhi perbuatan rasuah.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata Program Kerjasama Strategik Antirasuah PDRM dan SPRM di Taman Jaya di Petaling Jaya bertujuan menyampaikan mesej kepada orang ramai agar menghindari perbuatan menawarkan rasuah kepada penjawat awam, di samping mendidik warga PDRM mengamalkan nilai murni dan integriti tinggi.
Upacara melafazkan dan menandatangi Ikrar Bebas Rasuah berlangsung di program berkenaan, yang disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.
Turut hadir ke program berkenaan ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM Nurahim Abdul Rahim.
- Bernama