Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Santhara keluar parti? Bersatu tak terkesan - Hamzah
Diterbitkan:  Jul 23, 2022 3:48 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

Bersatu tidak terkesan dengan laporan Ahli Parlimen Segamat, Santhara Kumar telah menghantar surat keluar daripada parti itu, kata Setiausaha Agungnya Hamzah Zainudin.

“Seorang ahli parlimen yang mengambil keputusan untuk keluar parti tidak akan memberi kesan besar.

“Tindakan seperti itu hanyalah berdasarkan kepentingan dirinya sahaja.

“Perjuangan yang dibawa oleh ahli-ahli parti lebih mustahak berbanding kepentingan kehendak seorang individu.

“Saya akan membuat pengumuman mengenai perkara ini kemudian,” katanya lapor Utusan Online hari ini.

Namun, Hamzah tidak mengulas jika Bersatu sudah menerima surat daripada Santhara sebagaimana laporan FMT yang memetik sumber semalam.

Malaysiakini sedang menghubungi ahli parlimen Segamat itu bagi mendapatkan maklum balas lanjut mengenai perkara ini.

Santhara yang juga timbalan menteri pelancongan, kesenian dan kebudayaan sebelum ini dilaporkan keluar Bersatu dan telah menyerahkan surat mengenainya kepada setiausaha agung parti berkenaan.

Pada Mei 2020, Santhara dipecat daripada PKR sebelum menyertai Bersatu pada Ogos tahun sama.

Dia kemudian dilantik mengetuai sayap bukan Bumiputera Bersatu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS