Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
NGO serah memo gesa tangani inflasi, kebebasan Parlimen

Dua kumpulan masyarakat sivil, Bersih dan Gabungan Gerakan Mahasiswa menyerahkan memorandum berkenaan isu inflasi dan kebebasan Parlimen kepada wakil rakyat, hari ini.

Ditemui media di luar bangunan Parlimen, jurucakap Gabungan Gerakan Mahasiswa Muhammad Amirul Amin dan Sharifah I’nur mencadangkan kaedah untuk menangani inflasi yang sedang berlaku.

"Untuk mengatasi kurangnya bekalan ayam, kerajaan harus melaksanakan 'penternakan kontrak' dengan skala besar.

"Ini akan membantu ladang bersaiz kecil dan sederhana untuk menternak lebih banyak ayam dan juga boleh mengembangkan lagi peternak di kalangan orang muda," kata Sharifah.

Selain itu, gabungan itu juga menggesa kerajaan memperkenalkan sistem cukai untuk golongan kaya.

"Negara jiran seperti Singapura telah gunakan sistem cukai ini, dan mereka juga meningkatkan cukai ini kepada satu peratus selepas wabak Covid-19," kata mereka.

Mereka juga mencadangkan kerajaan untuk melakukan pemeriksaan berkala di kilang dan perniagaan yang mengeluarkan dan menjual minyak masak.

"Ini bagi menghalang pewujudan sindiket menyekat minyak masak (daripada pasaran)," kata Amirul.

Sementara itu, Bersih pula menghantar memorandum untuk kebebasan Parlimen.

"Selain berfungsi sebagai legislatif dan penggubalan undang-undang, Parlimen juga berfungsi sebagai sistem semak dan imbang untuk mengawal eksekutif.

"Bagi membolehkan Parlimen memainkan peranan ini tanpa gangguan kerajaan, parlimen perlu diberi autonomi dan kewangan sendiri," kata Pengerusi Bersih Thomas Fann.

Memorandum Bersih diteima oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS