Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan berjaya batalkan undian Dewan Rakyat tolak lanjutan subseksyen Sosma
Diterbitkan:  Jul 20, 2022 8:51 PM
Dikemaskini: 12:51 PM

Kerajaan berjaya meluluskan usul yang membatalkan keputusan Dewan Rakyat Mac lalu berhubung Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Usul pembatalan hari ini diluluskan dengan keputusan 105-83 undian belah bahagi. Sebanyak 32 ahli parlimen tidak hadir ketika undian diambil.

Pada Maca lalu, usul kerajaan bagi melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) - yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 28 hari - ditolak apabila hanya 84 ahli parlimen bersetuju berbanding 86 yang tidak bersetuju.

Pembatalan hari ini membolehkan kerajaan membentangkan semula rang undang-undang untuk melanjutkan subseksyen itu.

Subseksyen itu, yang dijadual tamat tempoh pada 31 Julai ini, perlu disemak semula setiap lima tahun.

[Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS