Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kajian cuti haid dijangka siap Okt ini
Diterbitkan:  Jul 20, 2022 11:37 AM
Dikemaskini: 3:37 AM

PARLIMEN | Kerajaan sedang melaksanakan kajian mengenai kemungkinan memberikan cuti haid kepada wanita, dengan membabitkan lebih 57,000 responden.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusuff berkata, kajian tersebut dijangka disiapkan pada Okt ini.

Siti Zailah berkata, penggubalan undang-undang cuti haid di Malaysia memerlukan rundingan menyeluruh dengan pelbagai badan, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan serta kumpulan buruh dan majikan.

“Memperkenalkan cuti haid bukan sahaja melibatkan kesejahteraan wanita tetapi juga memberi implikasi kepada produktiviti dan ekonomi negara,” katanya.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu berkata demikian sebagai menjawab soalan Charles Santiago (PH-Klang) yang menggesa kerajaan segera melaksanakan cuti haid di negara ini.

Cuti haid membolehkan seseorang wanita mengambil cuti jika dia mengalami masalah seperti senggugut. Dasar berkenaan sudah digubal di beberapa negara termasuk Indonesia, Korea Selatan, Taiwan dan Jepun.

Ia juga semakin popular dalam sektor swasta di luar negara.

Sementara itu, Siti Zailah juga berkata kemungkinan untuk memberikan subsidi untuk tuala wanita bagi menangani isu kemiskinan haid juga memerlukan kajian lebih lanjut.

Untuk rekod dalam Belanjawan 2022 kerajaan berjanji untuk menyediakan kit kebersihan diri kepada 130,000 remaja perempuan daripada keluarga B40 kit sebagai langkah untuk menangani kemiskinan haid

Ditanya perkembangan pengagihan kit itu oleh Wong Shu Qi (PH-Kluang), Siti Zailah berkata kementeriannya telah membelanjakan RM2.39 juta atau 77 peratus daripada peruntukan mereka untuk kit dan program mendidik pelajar mengenai kemiskinan haid.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS