Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
NGO hak asasi kecam tindakan Jawi tahan Nuramira
Diterbitkan:  Jul 19, 2022 10:33 PM
Dikemaskini: Jul 20, 2022 3:27 AM

Beberapa kumpulan hak asasi manusia mengecam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung penahanan wanita yang mencetuskan kontroversi dalam acara komedi berdiri bulan lalu.

Dalam satu kenyataan bersama, Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Komuniti Muslim Universal (KMU Malaysia) menyifatkan penahanan itu tidak ubah seperti "pemburuan".

Ini kerana penahanan itu berlaku selepas wanita berkenaan baru sahaja membayar ikat jamin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Kumpulan itu mendakwa terdapat risiko berganda sekiranya JAWI meneruskan pertuduhan terhadap Siti Nuramira Abdullah di bawah Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) kerana didakwa menghina agama Islam.

Mereka berkata ia adalah sama dengan Seksyen 298A Kanun Keseksaan, bagi kesalahan menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama, antara orang atau kumpulan orang yang menganuti agama yang sama atau berbeza.

Mereka memetik kes Jumali Adnan v PP 1986, di mana mahkamah menyatakan bahawa sebarang pertuduhan yang dibuat terhadap tertuduh mestilah berbeza dan berlainan.

Kumpulan itu juga merujuk kes Mohd Yusoff Samadi lwn AG, di mana tertuduh didakwa di mahkamah jenayah atas pertuduhan jenayah, dan seorang lagi di mahkamah sivil.

“Ia berbeza dengan Siti Amira kerana kedua-dua pertuduhan terhadapnya bersifat jenayah dan dia dibicarakan atas kesalahan jenayah di bawah kedua-dua undang-undang,” katanya.

Mereka juga menegaskan bahawa Jawi dan Jabatan Peguam Negara berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Ia menambah adalah keterlaluan bagi Jawi untuk mengarahkan lapan pegawai penguat kuasa menangkap orang yang tidak melakukan kekerasan yang ditahan bukan atas jenayah kekerasan.

“Sesetengah ahli politik kita yang jenayahnya menjejaskan negara tidak mendapat perhatian sedemikian dan tidak ditangkap oleh lapan pegawai," katanya.

Tegas mereka, Jawi sepatutnya menumpukan tenaga mereka kepada perkara yang lebih mendesak dan memberi kesan kepada masyarakat seperti isu anak-anak yang tidak menerima bayaran nafkah.

Salah seorang peguam Siti Nuramira, Ramesh NP Chandran memberitahu media hari ini bahawa pegawai agama terbabit menahan anak guamnya dan ingin mendakwanya di mahkamah Syariah esok atau lusa.

Semalam, Siti Nuramira dilaporkan berjaya mengumpul dana yang mencukupi untuk membayar ikat jaminnya dalam kes jenayah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana menimbulkan niat jahat melalui persembahan mikrofon terbuka di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS