Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dua ditahan disyaki seludup kasut dan beg bernilai RM3.3 juta
Diterbitkan:  Jul 19, 2022 1:31 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Dua lelaki ditahan bersama rampasan sejumlah kasut dan beg yang disyaki diseludup dari negara jiran dianggarkan bernilai RM3.3 juta dalam kejadian jam 6 petang di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan DCP Muhamad Zaki Harun berkata, bertindak atas maklumat sepasukan pegawai dan anggota Strike Force Batalion 7 Pasukan Gerakan Am mengekori dan berjaya menahan dua buah lori yang dilihat mencurigakan.

"Setelah pemeriksaan dibuat di bahagian belakang kenderaan tersebut menjumpai beberapa guni berwarna putih berisi pelbagai jenis beg tangan wanita pelbagai jenama anggaran nilaian RM119,400 dan kasut dipercayai tiruan pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM3,270,000.

"Kesemua barang tersebut dipercayai diseludup dari negara jiran melalui jalan yang tidak diwartakan. Kesemua barang rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Akta Cap Dagangan 2019," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, suspek masing-masing berusia 30 dan 31 tahun itu dan barangan rampasan dibawa ke balai polis Rantau panjang, Pasir Mas untuk tindakan lanjut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS