Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
RM5j dibelanja untuk kempen Keluarga Malaysia
Diterbitkan:  Jul 19, 2022 12:01 PM
Dikemaskini: 4:01 AM

PARLIMEN | Sebanyak RM5 juta sudah dibelanjakan oleh kerajaan untuk menjayakan kempen Keluarga Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Abd Latiff Ahmad menjelaskan peruntukan itu diletakkan di bawah sektor pembangunan Pelan Komunikasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030/Keluarga Malaysia.

Menurut Abd Latiff ia juga sedang dalam proses perolehan merangkumi pelbagai aspek termasuk pengiklanan dan promosi.

Antaranya, kata menteri tugas-tugas khas tersebut, melalui pelan komunikasi, brosur, video pendek, rakaman audio, slot televisyen, medium percetakan dan media sosial.

Terdahulu ahli parlimen Mersing dari Bersatu itu menjawab soalan lisan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang bertanyakan mengenai kos keseluruhan untuk kempen Keluarga Malaysia.

Untuk rekod konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan Ismail Sabri Yaakob selepas naib presiden Umno merangkap ahli parlimen Bera itu dilantik secara rasmi menjadi perdana menteri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS