Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemangku presiden Sri Lanka isytihar darurat seluruh negara

GLOBAL | Pemangku Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe mengisytiharkan darurat di seluruh negara berkuatkuasa Isnin, lapor Xinhua.

Notis perisytiharan khas menyatakan Wickremesinghe mengumumkan darurat demi kepentingan keselamatan awam, melindungi ketenteraman awam dan penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan penting untuk kehidupan masyarakat.

Parlimen Sri Lanka dijadual memilih presiden baru pada 20 Julai selepas Gotabaya Rajapaksa meletak jawatan, dan melarikan diri ke Singapura melalui Maldives, di tengah-tengah krisis ekonomi yang teruk di negara Asia Selatan itu.

Pencalonan untuk jawatan presiden akan diadakan pada Selasa.

Pencalonan Wickremesinghe mendapat sokongan daripada parti presiden yang digulingkan, parti Sri Lanka Podujana Peramuna (SLPP).

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS