Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pasangan didakwa hina Islam berjaya kumpul derma RM40,000
Diterbitkan:  Jul 18, 2022 2:16 PM
Dikemaskini: 8:59 AM

Kumpulan peguam Lawyers for Liberty berjaya mengumpulkan dana awam sebanyak RM40,000 untuk membayar wang ikat jamin seorang wanita dan kekasihnya yang didakwa menghina Islam dalam satu persembahan komedi.

“Kami sudah kumpulkan RM40,000. 

“Wang yang terus masuk selepas ini kami akan pulangkan kembali kepada penderma yang memberikan butiran terperinci,” kata R Sivaraj, peguam kepada Nuramira Abdullah, kepada pemberita.

Bagaimanapun peguam tidak pasti sama ada Nuramira dan Alexander Navin Vijayachandran akan dibebaskan hari ini, bergantung sama ada mahkamah sempat memproses bayaran itu.

“Memandangkan mereka berada di Beranang atau Kuala Kubu Bharu, kita tidak pasti hari ini atau esok,” katanya.

Pada 13 Julai lepas, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan agama dalam kalangan orang Islam.

Dia dihadapkan ke mahkamah kerana membuka baju kurung dan kainnya selepas mengaku sebagai orang Islam yang menghafal 15 juzuk al-Quran dalam persembahan di Restoran Crack House Comedy Club, Kuala Lumpur.

Alexander Navin pula mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan membuat komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui media sosial.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS