Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker tolak  bahas isu rampasan aset Petronas, dewan kecoh

Dewan Rakyat kecoh selepas Speaker Azhar Azizan Harun menolak usul bagi membincangkan isu rampasan aset Petronas di luar negara oleh waris kesultanan Sulu.

Wakil-wakil rakyat pembangkang membantah keputusan Azhar yang memutuskan perkara itu tidak boleh dibahaskan di parlimen kerana subjudis.

Mereka menuduh Azhar mempunyai konflik kepentingan kerana abangnya Idris, bekas peguam negara, terlibat dalam perkara itu. 

Pembangkang juga berhujah perkara itu mesti dibincangkan kerana mempunyai kaitan dengan kedaulatan negara.

Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) mendakwa speaker ada percanggahan kepentingan kerana abangnya Idrus, yang juga peguam negara, terlibat dalam isu itu.

Bantahan demi bantahan menyebab kelancaran urusan parlimen terganggu dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan gagal meneruskan bacaan kedua Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022.

Ia berlarusan sehingga Rashid Hasnon mengambil alih mempengerusikan sidang Dewan Rakyat selepas itu.

Ia menyaksikan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) digantung dua hari daripada parlimen.

Dia bagaimanapun enggan keluar manakala rakan pembangkang pula menghalang bentara daripada mengiringnya keluar dewan.

Isnaraissah Munirah

Susulan itu, Rashid berkata dia boleh menarik balik penggantungan itu jika Isnaraissah patuh pada arahan speaker.

Rashid juga menyarakan pihak yang tidak berpuas hati supaya menyatakan bantahan mereka dalam bentuk tulisan.

Kabinet pada 13 Julai lau menubuhkan pasukan khas yang diketuai oleh menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi meneliti, memantau serta merangka tindakan bagi menangani isu tuntutan itu.Pada 12 Julai, waris kesultanan Sulu–yang menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia–merampas dua anak syarikat Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.

Menurut Financial Times yang berpangkalan di London, ia melibatkan Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang dilaporkan bernilai AS$2 bilion.

Petronas berkata kedua-dua aset itu sudah dilupuskan.

Rampasan itu adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang warus kesultanan Sulu pada 2017 untuk mendapatkan pampasan tanah di Sabah yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat British pada 1878.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS