Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KONGRES PKR | Semua pemimpin baru, lama diberi ruang menggulung

Kongres tahunan PKR kali ini akan menyaksikan semua pemimpin kanan parti yang sudah tamat tempoh perkhidmatan, serta pemimpin yang mendapat mandat baru, diberikan ruang untuk berucap di atas pentas.

Langkah itu yang dipercayai dibuat kali pertama berlaku ketika ada khabar angin mendakwa Rafizi Rami - yang memenangi persaingan jawatan timbalan presiden - tidak disenaraikan untuk berucap walaupun namanya ada disenaraikan.

Sumber PKR memberitahu Malaysiakini pagi ini, semua 13 pemimpin baru dan lama akan berucap pada hari terakhir kongres berkenaan.

Ia kemudian disahkan Pengerusi Tetap PKR Ahmad Kassim semasa memulakan sesi hari ini sebentar tadi.

Katanya kongres hari ini akan dimulakan dengan ucapan para pemimpin kanan PKR termasuk Akmal Nasir (bekas ketua Pemuda AMK), Fuziah Salleh (bekas ketua Wanita PKR) dan Tian Chua (bekas naib presiden PKR).

Selepas itu kata Ahmad sesi penggulungan akan dibuat oleh Adam Adli Abdul Halim (ketua AMK), Fadhlina Sidek (ketua Wanita) dan empat naib presiden yang baru, diikuti timbalan presiden.

Presiden PKR Anwar Ibrahim pula akan menyampaikan ucapan penggulung pada akhir kongres.

"Jadi, para perwakilan dan pemerhati berpuas hati dengan aturcara tersebut?" tanya Ahmad disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan.

Terdahulu sebuah portal berita melaporkan dengan mendakwa pemimpin atasan PKR yang bermesyuarat malam tadi memutuskan untuk menukar senarai pemimpin yang akan berucap pada hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS