Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekalan ubat: Hospital swasta bincang dengan Pharmaniaga
Diterbitkan:  Jul 16, 2022 11:13 AM
Dikemaskini: 3:13 AM

Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) akan berbincang dengan Pharmaniaga Bhd yang menguruskan ubat-ubatan daripada simpanan persekutuan (stok penimbal), bagi mendapatkan bekalan tambahan.

Presiden APHM, Dr Kuljit Singh berkata ini susulan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin agar hospital dan klinik swasta dibekalkan ubat-ubatan daripada simpanan persekutuan untuk menangani masalah kekurangan bekalan.

“Salah satu cabaran yang dihadapi hospital swasta dengan pertambahan pesakit adalah kekurangan beberapa ubat biasa untuk masalah pernafasan.

"Bagaimanapun, hospital swasta mengalu-alukan keputusan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin untuk melepaskan stok simpanan persekutuan kepada hospital dan klinik swasta yang menghadapi kekurangan," kata Kuljit.

Khairy semalam berkata terdapat permintaan tinggi terhadap ubat-ubatan, terutama untuk demam, batuk dan selsema berbanding sebelum Covid-19.

Selain itu, dia berkata kekurangan itu juga disebabkan oleh penutupan sempadan di China dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Kuljit berkata APHM merekodkan peningkatan kemasukan ke hospital dalam beberapa bulan kebelakangan ini, yang membawa cabaran baru termasuk kekurangan bekalan ubat kakitangan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS