Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis hanya dapat perintah reman sehari terhadap pelawak

Pengasas bersama Crackhouse Comedy Club Rizal Van Geyzel dijangka dibebaskan daripada tahanan polis petang ini selepas majistret menolak permohonan reman empat hari.

Peguamnya Ramkarpal Singh memberitahu Malaysiakini bahawa polis hanya mendapat perintah reman sehari semasa dibawa ke hadapan majistret di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi ini.

“Mereka perlu selesaikan beberapa perkara lagi tengah hari ini sebelum bebaskan dia,” kata  Ramkarpal.

Pelawak itu dijangka dibebaskan pada jam 6.30 petang.

Dia ditahan semalam, beberapa jam selepas hadir membantu siasatan berkaitan dua video yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum.

Pegawai polis Noorsiah Mohd Saaduddin semalam berkata lelaki 39 tahun itu disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Dia turut disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar rangkaian perkhidmatan.

Sebelum ini Kementerian Wilayah Persekutuan dilapor menerima laporan berkaitan seorang individu, dipercayai Rizal, didakwa memperolok dan menghina orang Melayu dalam persembahan di sebuah kelab komedi.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS