Kerajaan akan memperkenalkan rangka kerja untuk pendaftaran produk berasaskan kanabidiol (CBD), bahan aktif ganja, tahun ini.
Ia bagi membolehkan ia digunakan bagi tujuan perubatan melalui preskripsi doktor.
“Rangka kerja itu akan menggariskan proses penggawalseliaan, pendidikan dan latihan serta perkongsian data saintifik berkaitan kes penggunaan,” kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Twitter.
Semalam, Khairy berkata beberapa produk CBD dijangka didaftarkan tahun hadapan.
Katanya, Kementerian Kesihatan komited berdasarkan bukti dan sains jadi.
“Dalam erti kata lain jika sains menunjukkan arah tertentu, kita tidak boleh mengelak,” dia dipetik sebagai berkata.
Dia bagaimanapun berkata Malaysia tidak akan terburu-buru mengikut langkah Thailand yang tidak lagi menganggap ganja sebagai dadah dan membenarkannya ditanam.
“Langkah kita berhati-hati, pertama kita daftar beberapa produk CBD, kita tengok penerimaan doktor dan pesakit.
“Selepas itu kalau penerimaannya tinggi, selamat dan berkesan, barulah kita boleh memikirkan soal penanaman, ramai hantar kertas kerja nak buat ladang ganja dan sebagainya, tapi kita belum sampai tahap itu lagi,” katanya.