Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengambilan dos penggalak kedua naik mencanak
Diterbitkan:  Jul 15, 2022 8:44 AM
Dikemaskini: 12:47 AM

Pengambilan dos penggalak kedua Covid-19 meningkat sejak bulan lalu dan mencatat angka tertinggi minggu lepas.

Perkembangan itu berikutan jumlah kes baru meningkat sejak Jun, yang sebahagiannya disebabkan oleh subvarian BA.5 Omicron.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan, sebabanyak 9,995 menerima dos penggalak kedua semalam. 

Selain penerima vaksin satu dos seperti CanSino and Johnson & Johnson, bagi kebanyakan orang, dos penggalak ini menjadi dos yang keempat buat mereka.

Sebagai perbandingan, purata untuk tujuh hari terakhir ialah 5,126 dos manakala untuk minggu sebelumnya sebanyak 2,529 dos.

Bagaimanapun, jumlah penerima dos penggalak kedua masih rendah. 

Daripada 2.57 juta orang yang telah mendapatkan dos penggalak, hanya 93,496 (3.63 peratus) mendapatkan dos penggalak kedua.

Kerajaan pada 14 April mengumumkan bahawa warga emas (60 tahun dan ke atas) yang mempunyai penyakit kronik mempunyai pilihan untuk mendapatkan dos penggalak kedua. 

Dos itu boleh diambil selepas empat atau enam bulan selepas dos penggalak pertama.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS