Timbalan presiden PKR tidak semestinya menjadi presiden, kata pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
“Tidak semestinya,” katanya.
Dia berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada kemenangan Rafizi sebagai timbalan presiden akan mengukuhkan tanggapan bahawa dia berpotensi menggantikan Presiden Anwar Ibrahim.
Fahmi berkata, dalam kes Azmin Ali sebelum ini, perkara itu tidak berlaku.
Azmin menjadi timbalan presiden PKR dari November 2010 hingga Februar 2020, sebelum keluar parti dan menyertai Bersatu.
Katanya sekarang bukan masa untuk membincangkan soal peralihan tetapi persediaan untuk pilihan raya umum ke-15.
“Semasa pemilihan parti, pintu terbuka besar untuk siapa sahaja yang mahu mencabar Anwar, tetapi tiada yang buat.
“Sekarang, kita mesti benarkan mengambil peluang untuk membina parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 dengan pelbagai sebab.
“Dia masih jadi pengikat (dalam pembangkang) dan dia dapat tarik banyak sokongan,” kata Fahmi dalam wawancara dengan Malaysiakini pada KiniTV pada Rabu.