Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tahan lima lelaki, selepas 14 jam menyamun di Pasir Gudang
Diterbitkan:  Jul 13, 2022 4:26 PM
Dikemaskini: 8:33 AM

Polis menahan lima lelaki dipercayai melakukan samun dan memukul seorang lelaki di sebuah flat perumahan di Pasir Gudang, kira-kira 14 jam selepas melakukan jenayah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata lima lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar Pasir Gudang pada pukul 6.07 petang, semalam.

"Kejadian samun berlaku di bawah flat perumahan tersebut pada pukul 4.05 pagi semalam dan aduan telah dibuat oleh seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 23 tahun yang merupakan penduduk flat berkenaan.

"Semasa kejadian, mangsa berjalan kaki seorang diri untuk pulang ke rumah dan dia telah dipukul oleh sekumpulan lelaki tanpa senjata dan barang peribadi miliknya telah dirampas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan iaitu bengkak di bibir dan sakit di bahu kanan selain kehilangan sebuaha telefon bimbit berjenama Vivo V2, dompet mengandungi kad pengenalan serta wang tunai 460 dolar Singapura.

Mohd Sohaimi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan kelima-lima suspek kini direman lima hari bermula hari ini hingga 17 Julai.

Tambahnya, hasil semakan mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS