Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petronas pertahan kedudukan, anggap rampasan aset tak berasas
Diterbitkan:  Jul 13, 2022 8:00 AM
Dikemaskini: 12:02 AM

Petronas menegaskan bahawa ia menganggap tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan dari segi undang-undang dalam perkara itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Petronas itu merujuk kepada laporan media Financial Times yang bertajuk ‘Petronas subsidiaries seized as lawyers press $15bn claim on Malaysia’.

“Kami mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan tersebut telah menerima notis Saisie-arret pada 11 Julai, 2022,” menurut syarikat minyak negara itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Petronas menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikatnya, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan dan hasil daripada pelupusan itu telahpun dipulangkan dengan sewajarnya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS