Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis cekup teman lelaki wanita disiasat hina Islam

Polis telah menahan teman lelaki wanita yang sedang disiasat kerana didakwa menghina agama Islam semasa persembahannya di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan hari ini berkata lelaki itu direman tiga hari sehingga Rabu (13 Julai) untuk siasatan lanjut.

Noorsiah berkata pihaknya akan membuat permohonan sambung reman terhadap wanita yang ditahan pada Sabtu lepas bagi siasatan kes sama susulan tempoh reman akan tamat esok.

Kertas siasatan akan segera dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dengan cadangan pertuduhan, kata polis lagi.

Polis sebelum ini berkata mereka menyiasat kes di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian atas alasan agama, serta di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan rangkaian yang tidak wajar.

Sebelum ini, video seorang wanita menanggalkan tudung dan baju kurung di atas pentas Kelab Komedi Crackhouse di TTDI telah menjadi viral di media sosial.

Kelab Komedi Crackhouse berkata ia melarang wanita itu dan teman lelakinya dari tempat itu sejurus selepas persembahan stand-upnya dan terus membuat laporan polis.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak itu menggantung lesen operasi kelab komedi itu, yang mendapat bantahan daripada pelawak lain.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS