Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas PM Jepun dipercayai ditembak ketika berucap
Diterbitkan:  Jul 8, 2022 11:48 AM
Dikemaskini: 4:00 AM

Bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe dilaporkan dibawa ke hospital dalam keadaan berdarah selepas jatuh ketika memberi ucapan di Nara, Jepun hari ini.

Menurut Reuters yang memetik NHK, ketika ia berlaku bunyi tembakan turut didengar.

Seorang wartawan NHK yang membuat liputan di situ berkata mereka dapat mendengar bunyi tembakan sebanyak dua kali ketika Abe sedang berucap.

Seorang suspek lelaki telah ditahan, menurut laporan itu.

Kyodo News pula melaporkan Abe dalam keadaan tidak sedar dengan jantungnya terhenti mengejut (cardiac arrest).

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS