Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda Umno: Muhyiddin yang sepatutnya didesak berundur
Diterbitkan:  Jul 8, 2022 10:14 AM
Dikemaskini: 2:15 AM

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin yang sepetutnya didesak meletakkan jawatan, bukan penasihat ekonomi di Pejabat Perdana Menteri Shahril Hamdan, kata Pemuda Umno.

Pengarah komunikasinya Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri mengulas desakan Ketua Penerangan Bersatu Kedah Khairul Anuar Ramli terhadap Shahril atas alasan sudah tidak lagi dipercayai Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Khairul Anuar berkata demikian setelah Shahril menafikan perjanjian bertulis antara Ismail dan Bersatu berkaitan kedudukan kerusi timbalan perdana menteri.

“Amaran saya kepada Khairul Anuar, tak perlu menjadi ejen pemecah belah Umno. Jaga parti sendiri. 

“Yakin ke Bersatu ada sokongan dekat Kedah? 

“Saya tidak hairan jika lepas pilihan raya umum  Bersatu tidak akan ada sebarang kerusi di Kedah dan Shahril akan terus laksanakan tugas beliau selaku ketua penerangan Umno dan pengarah ekonomi perdana menteri.

“Yang patut didesak letak jawatan adalah pengerusi MPN Tan Sri Mahiaddin yang telah terbukti gagal dan MPN perlu dibubarkan dari terus membazirkan wang negara sehingga PM perlu pula tubuh jawatankuasa jihad melawan inflasi kerana kegagalan MPN pimpinan Tan Sri Mahiaddin,” kata Syed Mohd Johan. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS