Lebih 7,000 anak pokok sudah ditanam di Tasik Chini, Pahang, bagi memulihkan kawasan yang rosak akibat perlombongan dan kegiatan pembalakan.
Jabatan Perhutanan Pahang berkata sekitar 200 hektar tanah sudah dikenal pasti sebagai hutan rosot untuk penanaman semula.
Sebanyak 100,000 pokok disasarkan untuk ditanam dalam usaha melibatkan penduduk tempatan, kumpulan alama sekitar dan agensi-agensi kerajaan.
Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perhutanan Pahang Nurfazliza Kamarulbahrin berkata sejak 2017 hingga sekarang, sebanyak 7,281 pokok hutan dan buluh pelbagai spesis ditanam di Tasik Chini dan sekitarnya.
Antara spesis terlibat termasuk merbau, keruing, merawan siput jantan, meranti temak nipis, batai and balau.
Terdapat juga tanaman litup.
Nurfazliza berkata, penanaman semula itu akan berterusan sehingga semua kawasan terjejas kembali kepada keadaan asal.
“Kami jangka ia akan mengambil masa 15 hingga 20 tahun untuk kawasan yang telah dibalak dan dilombong,” katanya.