Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3,561 kes baru Covid-19, tertinggi sejak 24 April
Diterbitkan:  Jul 7, 2022 9:33 AM
Dikemaskini: 1:33 AM

Kementerian Kesihatan melaporkan 3,561 kes baru Covid-19 semalam.

Ia merupakan jumlah kes baru harian tertinggi sejak 24 April lalu.

Namun, kadar pesakit yang dirawat di hospital kekal stabil sejak seminggu lalu.

Kes aktif kini berjumlah 31,540, meningkat 15.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (1,341)

Kuala Lumpur (994)

Perak (243)

Sabah (196)

Negeri Sembilan (160)

Putrajaya (123)

Pulau Pinang (119)

Melaka (97)

Johor (72)

Sarawak (55)

Kedah (51)

Pahang (38)

Kelantan (37)

Terengganu (17)

Perlis (11)

Labuan (7)

Lima lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan dua pesakit meninggal bukan ketika dirawat di hospital.

Dua kes kematian semalam dilaporkan di Selangor (2) masing-masing satu kematian di Pahang, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Sejak minggu lepas, purata kes kematian adalah 4.1 orang sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.4, menandakan trend peningkatan.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 35,792 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 1,184 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, di mana 40 daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dilaporkan di Selangor (172) diikuti Johor (88) dan Sabah (80).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS