Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,932 kes baru Covid-19, jumlah kes aktif lebih 30,000
Diterbitkan:  Jul 6, 2022 9:27 AM
Dikemaskini: 4:12 AM

Kementerian Kesihatan melaporkan 2,932 kes baru Covid-19 semalam.

Kes aktif kini berjumlah 30,019, meningkat 11.1 peratus berbanding 14 hari lalu.

Bilangan kes aktif dalam trend meningkat sejak 7 Jun lalu, dengan kes aktif ketika itu sebanyak 21,191 kes.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (959)

Kuala Lumpur (947)

Perak (194)

Negeri Sembilan (176)

Sabah (143)

Pulau Pinang (107)

Kedah (67)

Putrajaya (61)

Johor (57)

Sarawak (54)

Pahang (51)

Melaka (42)

Kelantan (30)

Terengganu (18)

Labuan (16)

Perlis (10)

Tiga lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan seorang pesakit meninggal bukan ketika dirawat di hospital.

Kes kematian semalam dilaporkan di Selangor (2) dan Pahang (1).

Sejak minggu lepas, purata kes kematian adalah 4.1 orang sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.3, menandakan trend peningkatan.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 35,787 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 1,238 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, di mana 42 daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dilaporkan di Selangor (154) diikuti Johor (105) dan Sabah (90).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS