Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga PPS dibuka untuk mangsa banjir di Baling
Diterbitkan:  Jul 4, 2022 8:47 PM
Dikemaskini: 3:25 PM

Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir dari empat buah kampung di daerah ini pada malam ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Rasidah Kassim berkata tiga PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Iboi, SK Syed Sheh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai.

Bagaimanapun, katanya, jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS tersebut sedang dikemas kini.

"Banjir setakat ini melibatkan empat buah kampung iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang serta Kampung Sedim dan Kampung Jernang di Mukim Bakai," katanya dalam kenyataan malam ini.

Selain itu, beliau berkata ketika ini operasi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di kawasan banjir masih giat dijalankan.

Banjir di kawasan terlibat berlaku selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak 2 petang tadi turut menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk berdekatan tebing.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS